Monday, November 22, 2010

WHEN LEARNING BECOME FUN !!

BILA PEMBELAJARAN MENDATANGKAN KESERONOKAN !

Bila sudah ada keseronokan, lahir minat. Bila minat telah terbit, datang pula kesungguhan.
Bila kesungguhan dikuti rutin dan disiplin.. di situlah berbuahnya kejayaan !

Anda bangga tak mempunyai anak yang bijak ? Kalau saya... memang kembang semangkuk hati ni.. apatah lagi setiap hujung tahun.. anak menaiki pentas menerima pelbagai anugerah kecemerlangan. Orang ramai pasti tertanya.. apa rahsia anak saya boleh secemerlang itu..
Satu lagi kebanggaan saya terhadap anak saya ni.. dia aktif semua aktiviti. Baik apa juga yang dianjurkan pihak sekolah dia akan menyertainya.. baik tarian ke, sukan , peraduan melukis, mewarna.. dan banyak lagi. Hi..hi.. terus terang saya katakan.. saya sendiri masa sekolah dulu pun tak macam dia. Kalau orang bersukan.. saya tukang soraknya aje.... :D

Tapi mendidik anak menjadi bijak bukan suatu pekara yang mudah.. menuntut banyak pengorbanan.. dari segi mental & fizikal. Anak walau sebijak manapun kalau tak didisiplinkan akan terumbang-ambing jugak. Jadi.. pegangan saya yang pertama disiplin.. kita mesti buatkan timetable untuk dia setiap hari supaya dia dapat mempelajari macamana nak mempergunakan masa yang dia ada dengan sebaik-baiknya.

Contohnya.. pagi -bangun tidur.. selepas siap mandi.. bersarapan.. saya beri dia peluang untuk relax mindanya dulu. Saya suruh dia main dengan adiknya yang kecil ( 6 bulan) yang diletakkan dalam baby walker sambil menonton kartun. Dalam pada itu.. dapatlah saya melakukan sedikit kerja lain di dapur..

Dalam pukul 9.30 pagi saya suruh dia pergi mengaji. Ini juga sangat penting tau.. pendidikan ukhrawi.. saham kita untuk akhirat tu..

Balik mengaji dalam 10.00 pagi, saya suruh dia buat Score A nya. Pilih subject mengikut jadual.. satu hari saya beri dia dua subjek untuk dipraktikan. Sambil dia menelaah soalan demi soalan di skrin komputer.. saya akan duduk berhampirannya untuk sekadar.. memberi sokongan emosi.. yang dia tidak berasa keseorangan di situ (ini pun sangat penting.. banyak parent melewakan hal ini ) Dengan Score A memang mudah.. anak saya berlatih dengan sendirinya.. tanpa banyak bersoal-jawab dengan saya. Phew ..lega.. kalau tak.. saya ni kalau mengajar memang penuh emosi.. kadang2 anak saya saya pun menjadi emosional jadinya. hi..hi.. (tu masa belum ada Score A la...).

Pastu.. bila semua dah siap.. dah dapat markah.. dan semua memuaskan .. saya suruh dia makan tengahari dan ke sekolah pula..

Balik sekolah ..macam biasa setelah siap mandi.. makan malam..solat... saya akan membuka semua buku latihan di dalam begnya.. sambil bertanya "ada homework tak?" .
Jika ada.. saya akan menemaninya untuk menyelesaikan kerjarumahnya itu sehingga habis.
Seandainya dia tidak letih.. saya berikan dia peluang untuk menonton tv sebelum tidur.. tapi biasanya dia knock out siang.. pasal keletihan siang tadi..

Itulah rutin anak bijak saya... ingatlah " Anak umpama kain putih.. kitalah yang mencorakkannya.. oleh itu.. berikanlah dia satu sentuhan corak yang indah di mata & tenang di hati...InsyaAllah... itulah saham kita yang paling berharga di dunia & akhirat..amin..

Jumpa lagi di lain blog.. salam..

Thursday, November 18, 2010

PROGRAM MELAHIRKAN MURID-MURID CERDIK & BIJAK..

Di dalam dunia yang semakin moden & berkembang.. alam siber turut memainkan peranan di dalam membentuk masyarakat mengikut aliran terbaru dalam sistem pembelajaran anak2. Kesibukkan ibu-bapa era kini turut melahirkan kebimbangan tentang pemantauan aktiviti anak2 ketika di rumah sementara ibu bapa sibuk bekerja. Apakah anak2 yang ditinggalkan di rumah dibekalkan dengan alat mainan siber terkini.. atau segala gadjet canggih dapat mengisi masa mereka dengan sebaik-baiknya ? Bagaimana kita mahu memantau pembelajarannya ketika berseorangan di rumah.. adakah hanya dengan soal jawab rutin tanpa bukti yang nyata.

Sebagai ibu bapa moden & mementingkan masa depan anak2.. program score A ini merupakan satu wadah yang baik bagi membina keseronokan anak2 ketika belajar di samping itu kita dapat memantau sejauh manakah perkembangan pembelajarannya. Mengetahui kekuatan & kelemahan anak2 di dalam sesuatu subjek penting supaya kita dapat memberikan penumpuan yang sewajarnya terhadap sesuatu subjek itu. Kekhususan itu hanya akan dapat kita ketahui melalui ujian . Program ini ada menyediakan examination hall bagi menguji tahap kefahaman anak2 dan memberikan ulasan tentang kelemahan di dalam sesuatu tajuk pada subjek tersebut. Di situlah kita harus memberikan penumpuan dan bimbingan supaya dia dapat memberikan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan sebenar.

Jika di sekolah sistem pembelajaran input yang diamalkan.. score A bertindak berlawanan bagi menggalakan sistem otak berfungsi . Sistem pembelajaran output ini membantu anak2 bersedia dengan segala bentuk soalan yang mungkin dikeluarkan di dalam peperiksaan sebenar. Ini menjadikan anak2 mahir dalam menjawab semua soalan di dalam waktu yang diberikan dengan betul & pantas.

Di dalam sistem pembelajaran score A , ia menyediakan input yang berwarna warni & soalan yang berbentuk seperti permainan bagi men'relax'kan minda anak2 ketika proses pembelajaran berlaku. Ini melahirkan keseronokan dan menjadikan anak2 begitu teruja untuk terus meneroka sistem pembelajaran ini.

Sesuatu yang kita lakukan memerlukan keseronokan dan minat bagi menjana hasil yang baik. Oleh itu datangkanlah keseronokan dalam pembelajaran anak2 kerana keputusan yang cermerlang akan menyusulnya nanti insya Allah...