Sebagai ibu bapa moden & mementingkan masa depan anak2.. program score A ini merupakan satu wadah yang baik bagi membina keseronokan anak2 ketika belajar di samping itu kita dapat memantau sejauh manakah perkembangan pembelajarannya. Mengetahui kekuatan & kelemahan anak2 di dalam sesuatu subjek penting supaya kita dapat memberikan penumpuan yang sewajarnya terhadap sesuatu subjek itu. Kekhususan itu hanya akan dapat kita ketahui melalui ujian . Program ini ada menyediakan examination hall bagi menguji tahap kefahaman anak2 dan memberikan ulasan tentang kelemahan di dalam sesuatu tajuk pada subjek tersebut. Di situlah kita harus memberikan penumpuan dan bimbingan supaya dia dapat memberikan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan sebenar.
Jika di sekolah sistem pembelajaran input yang diamalkan.. score A bertindak berlawanan bagi menggalakan sistem otak berfungsi . Sistem pembelajaran output ini membantu anak2 bersedia dengan segala bentuk soalan yang mungkin dikeluarkan di dalam peperiksaan sebenar. Ini menjadikan anak2 mahir dalam menjawab semua soalan di dalam waktu yang diberikan dengan betul & pantas.
Di dalam sistem pembelajaran score A , ia menyediakan input yang berwarna warni & soalan yang berbentuk seperti permainan bagi men'relax'kan minda anak2 ketika proses pembelajaran berlaku. Ini melahirkan keseronokan dan menjadikan anak2 begitu teruja untuk terus meneroka sistem pembelajaran ini.
Sesuatu yang kita lakukan memerlukan keseronokan dan minat bagi menjana hasil yang baik. Oleh itu datangkanlah keseronokan dalam pembelajaran anak2 kerana keputusan yang cermerlang akan menyusulnya nanti insya Allah...
No comments:
Post a Comment